Its All About Money

Its All About Money

Monday, December 5, 2011

WRC2

| |



Permainan rasmi WRC kembali, dikemas kini
sepenuhnya dengan kandungan Kejohanan Rasmi 2011 dan beberapa kandungan serta
mod permainan baru. Ia menyediakan keseronokan memandu dengan melakukan drif,
loncatan dan juga beberapa kemalangan pasti berlaku
CIRI PERMAINAN.
THE ROAD TO THE WRC:
Lalui kehidupan seorang pemandu rali menerusi mod
kerjaya (career) dalam WRC 2. Bermula daripada awal dengan mereka cipta pasukan
perlumbaan anda sendiri, memenangi beberapa perlumbaan untuk menambah dana
pembiayaan anda dan meningkatkan reputasi anda di kalangan rakan pelumba yang
lain.
Antara ciri-ciri baru yang dimasukkan tahun ini
adalah anda boleh membina pasukan sendiri dan mengurus mereka selaras dengan
WRC. Mendapatkan mekanik terbaik untuk memaksimumkan prestasi kereta anda,
mengambil pengurus bekerja dengan anda untuk mendapatkan penajaan yang
menguntungkan. Sasaran terulung anda adalah untuk mendapat kontrak bersama\
salah satu pasukan WRC.
SUDAH BERSEDIA MENJADI JUARA
DUNIA?
Mod Permainan Perseorangan (Single
Player Mode):
Tambahan kepada mod permainan Single Stage,
Single Rally dan Championship yang ada dalam WRC 2, iaitu mod klasik dan
diketahui ramai. Terbaru dalam mod ini adalah WRC Rally School yang telah
dipertingkatkan dalam usaha untuk mengajar anda panduan asas serta teknik yang
lebih khusus, lazimnya digunakan oleh para juara. Dalam WRC2 anda juga boleh
mengambil bahagian dalam satu lagi ciri perlumbaan baru iaitu Super Special
Stages, yang mana dua kereta akan berlumba pada masa yang sama di litar dengan
dua lorong selari.
Kerusi Panas (Hot
Seat):
Dalam mod Hot Seat, sehingga empat pelumba akan
mencabar satu sama lain dalam satu Single Stage, satu Single Rally atau seluruh
Championship, berlumba satu selepas satu untuk menentukan juara tempatan.
Dalam talian
(Online):
Bermain dalam talian dengan rakanrakan, mencabar
mereka dalam Single Stage, Single Rally atau Championship. Keputusan perlumbaan
akan memberi kesan kepada kedudukan anda dalam senarai kedudukan pelumba dalam
talian ketika anda sedang cuba menjadi pelumba rali terbaik di dunia. Tahun ini,
mod Super Special Stage juga boleh didapati dalam talian, supaya anda boleh
mencabar lawan dalam pertandingan satu lawan satu dengan pengemaskinian
kedudukan dalam talian yang akan memaparkan anda sebagai pelumba terbaik dunia

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup