Its All About Money

Its All About Money

Thursday, December 8, 2011

Dosa Mengumpat!!!

| |

MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang
kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.Perbuatan
itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut
nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya. Rasulullah menjelaskan
mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Muslim).Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang
tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya
layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa.Sabda Rasulullah,
“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu
mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Abu
Daud).Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di
akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah bermaksud,
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di
dunia.Maka, dia berkata kepada Allah, “Wahai Tuhanku, dari
manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya”. Maka Allah menjawab, “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.Sebaliknya, jika pahala orang
yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa
orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis di akhirat nanti.Memandangkan buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh
itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam
menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus
ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.Antaranya ialah:
Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik,
sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang
tidak berbuat jahat kepada kita.
Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir,
memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan
sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila
kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam
sudah busuk dan berulat.
Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk
memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan
bangkai seseorang.Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara
mendorong seseorang itu mengumpat:
Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan
kehormatan seseorang;
Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan
rendah;
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan
berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana
memandang rendah orang lain.

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup