Its All About Money

Its All About Money

Thursday, December 8, 2011

Hukum Pakai Suasa Bagi Lelaki

| | 0 comments

Sumber:Kitab Fatwa
Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz.
Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta
penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Apa
yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram
kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah
seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100%
diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam
kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah
haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili
menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa
itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Fatwa Daripada
Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam
atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang
diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya
adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki
memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya
terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain)
ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain
(bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu,
terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa
itu.(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri
4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh
Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim
menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul
Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang
tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki
memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana
suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam
an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan
bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar
lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari
keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar,
sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada
khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa
itu.
Berkata ulama: “Kerana
warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya,
tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan
bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada
khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai
cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan
semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI
JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai
cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan
perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan
mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat
hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam
menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%2. Emas
20%3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun
dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam
yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari
tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas
di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan
berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’
adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang
bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada
dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan
sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang
lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram
sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya
pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi
Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
sumber artikel :
myibrah
Read more...

Dosa Mengumpat!!!

| | 0 comments

MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang
kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.Perbuatan
itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut
nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya. Rasulullah menjelaskan
mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Muslim).Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang
tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya
layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa.Sabda Rasulullah,
“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu
mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Abu
Daud).Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di
akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah bermaksud,
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di
dunia.Maka, dia berkata kepada Allah, “Wahai Tuhanku, dari
manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya”. Maka Allah menjawab, “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.Sebaliknya, jika pahala orang
yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa
orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis di akhirat nanti.Memandangkan buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh
itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam
menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus
ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.Antaranya ialah:
Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik,
sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang
tidak berbuat jahat kepada kita.
Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir,
memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan
sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila
kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam
sudah busuk dan berulat.
Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk
memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan
bangkai seseorang.Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara
mendorong seseorang itu mengumpat:
Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan
kehormatan seseorang;
Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan
rendah;
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan
berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana
memandang rendah orang lain.
Read more...

13 ALASAN...

| | 0 comments

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak
menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang
enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang
mungkin sesuai untuk mereka.1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk
syurga ke?-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk
neraka.2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.
Mengumpat orang.-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud
kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud,
aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "
pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."3. Macamlah kau
bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.-Tidak
tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk
pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau
Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang
dia insaf dan bertaubat sekarang.4. Walau kami pakai seksi tapi hati
kami baik.-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman
yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu
menutup aurat?5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak
suka jangan tengok.-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan
serta nafsu yang membuak-buak?6. Kami rasa apa yang kami pakai tak
seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak,
kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.7. Walau
kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau
diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk
syurga?8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan
hidup orang lain.-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami
serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka
tidak menegur dan gagal mendidik kau.9. Apa yang kami pakai, ini
antara kami dengan Tuhan.-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap
macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka
tempatnya.10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan
photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat
artis)-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan
Allah?11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai
seru.-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak
sempat nak bertaubat nanti.12. Takkan nak buat perubahan secara
drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu
kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.13. Tutup aurat tu
bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas
melakukannya.-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak
ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan
yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di
mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan
dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung
dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok
di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu
adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu
juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu।”
*renungan untuk semua
Read more...

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

| | 0 comments


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat
ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat
keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.
Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi
Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan
Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan
iaitu:
Rakaat
pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat
kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat
ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat
keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi
Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
Rakaat
pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat
kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat
ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi
Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu
sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat
pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat
kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat
ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat
keempat: Tanda dukacita terhadap anak FiraunP/s : Dalam
ilmu Hakikat perincian tentang solat akan lebih menyeluruh dan mendalam...Jika
ade rezki & kesempatan, carilah ilmu tersebut pada guru yang
mursyid..InsyaAllah jumpa...
Read more...

"KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?"

| | 0 comments



penting ke neraka wujud?

Ini adalah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu,
beragama Islam, tetapi mempunyai pengetahuan cetek tentang
agama.
Ceritanya Bermula
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun
Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan
mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk
memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup
aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan
sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi
amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz
ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah
untuk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata
tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan
sekitar tahun 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis
perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat. Gadis itu dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz menjalankan tugasnya dengan memberikan nasihat. "Selepas ni
diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan
semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam
perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan
membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan
perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di
neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri
ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba
membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia
kepanasan telinga, tidak tahan mendengar nasihat ustaz itu
Ustaz
tersebut terkedu seketika. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah gadis ini. Setelah
gadis itu selesai membebel, ustaz itu pun berkata, "Adik, kalau Tuhan tak buat
neraka, saya tak akan jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik
saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau
sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti
kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam
tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka penuh kehairanan, ustaz itu jelaskan,
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua boleh masuk syurga. Maka apa gunanya menjadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok.

Manusia tidak perlu lagi diuji sebab semua orang akan
'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh di dalam syurga. Perogol
akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Selepas itu boleh rogol lagi
kalau dia mahu. Tiada siapa yang akan menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita mahukan? Awak rasa, adil ke?", tanya
ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat tidak akan terlepas
macam itu saja." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tidak adil,
boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat
ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Dia juga
Maha Adil. Sebab itu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah
faham sekarang. Kita sedang diuji di dunia ini.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan
hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan
olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Read more...

10 perkara memeranjatkan didalam sesuatu perkahwinan

| | 0 comments


1 Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi "Saya dan
suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami
dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa
semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup
mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan." 2.
Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan
merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai. 3. Anda masih perlu
menghangatkan suasana. "Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat
sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan
seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara
satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata." 4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang
dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban. "Mana ada
yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak
berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa
melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa. Anda harus menerima
kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari
segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal
sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu. 7. Anda tidak semestinya
akan bersetuju dalam semua perkara. Suami akan tetap mahu menggunakan
wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah
hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak
ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun
depan untuk suami pula. 8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak
ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan
berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya. Kadang kala sangat berkesan
dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima
bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling. 10.
Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya. Apabila perselisihan
terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika
terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.
Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda
mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?
Read more...

Bungkus ke Tutup Lebih Baik??

| | 0 comments


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat
besar.Situasi 1:Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS
ape?Ahmad: Alaaa, nasi lemak.Aisyah: Aik? Mne ko tau?Ahmad: Aku nmpk
nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.Aisyah: Ok2. Cbe
teka nasi lemak ni byk ke sikit?Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.Aisyah: Ha?
Cmne ko tau ni?Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk.
BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.Aisyah: Pandainye ko ni.Ahmad: Bkn
aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.Aisyah: Ceh. Malas la soal.Situasi
2:Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?Ahmad: Hmmm.
Ikan goreng?Aisyah: Salah.Ahmad: Telur dadar?Aisyah: Salah
lg.Ahmad: Karipap?Aisyah: Salah jugak.Ahmad: Fail MQA?Aisyah:
Ish. Lg la salah.Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP
tu.Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?Ahmad: Ceh. Mne aku nk
tau. Malas la jwb...
Read more...

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup