Its All About Money

Its All About Money

Thursday, December 8, 2011

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

| |


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat
ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat
keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.
Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi
Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan
Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan
iaitu:
Rakaat
pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat
kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat
ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat
keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi
Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
Rakaat
pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat
kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat
ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi
Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu
sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat
pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat
kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat
ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat
keempat: Tanda dukacita terhadap anak FiraunP/s : Dalam
ilmu Hakikat perincian tentang solat akan lebih menyeluruh dan mendalam...Jika
ade rezki & kesempatan, carilah ilmu tersebut pada guru yang
mursyid..InsyaAllah jumpa...

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup