Its All About Money

Its All About Money

Thursday, December 8, 2011

"KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?"

| |



penting ke neraka wujud?

Ini adalah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu,
beragama Islam, tetapi mempunyai pengetahuan cetek tentang
agama.
Ceritanya Bermula
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun
Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan
mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk
memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup
aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan
sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi
amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz
ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah
untuk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata
tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan
sekitar tahun 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis
perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat. Gadis itu dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz menjalankan tugasnya dengan memberikan nasihat. "Selepas ni
diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan
semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam
perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan
membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan
perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di
neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri
ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba
membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia
kepanasan telinga, tidak tahan mendengar nasihat ustaz itu
Ustaz
tersebut terkedu seketika. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah gadis ini. Setelah
gadis itu selesai membebel, ustaz itu pun berkata, "Adik, kalau Tuhan tak buat
neraka, saya tak akan jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik
saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau
sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti
kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam
tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka penuh kehairanan, ustaz itu jelaskan,
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua boleh masuk syurga. Maka apa gunanya menjadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok.

Manusia tidak perlu lagi diuji sebab semua orang akan
'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh di dalam syurga. Perogol
akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Selepas itu boleh rogol lagi
kalau dia mahu. Tiada siapa yang akan menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita mahukan? Awak rasa, adil ke?", tanya
ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat tidak akan terlepas
macam itu saja." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tidak adil,
boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat
ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Dia juga
Maha Adil. Sebab itu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah
faham sekarang. Kita sedang diuji di dunia ini.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan
hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan
olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup