Its All About Money

Its All About Money

Thursday, December 8, 2011

Hukum Pakai Suasa Bagi Lelaki

| |

Sumber:Kitab Fatwa
Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz.
Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta
penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Apa
yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram
kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah
seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100%
diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam
kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah
haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili
menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa
itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Fatwa Daripada
Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam
atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang
diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya
adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki
memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya
terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain)
ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain
(bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu,
terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa
itu.(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri
4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh
Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim
menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul
Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang
tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki
memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana
suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam
an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan
bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar
lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari
keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar,
sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada
khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa
itu.
Berkata ulama: “Kerana
warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya,
tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan
bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada
khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai
cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan
semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI
JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai
cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan
perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan
mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat
hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam
menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%2. Emas
20%3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun
dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam
yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari
tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas
di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan
berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’
adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang
bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada
dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan
sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang
lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram
sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya
pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi
Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
sumber artikel :
myibrah

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup