Its All About Money

Its All About Money

Monday, December 5, 2011

WAJIB DIMILIKI – IDEA TECH 2012

| |


Sepanjang tahun 2011, pengikut dunia teknologi
telah disajikan dengan deretan persaingan pelbagai jenama telefon pintar,
perisian, tablet, perkakasan, kamera, monitor, komputer dan peranti-peranti lain
yang sentiasa mengocakkan adrenalina untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi.
Seakan sudah menjadi trend, perkembangan teknologi memberikan impak yang sangat
besar bukan sahaja kepada negara-negara kuasa besar penginovasi teknologi dunia,
malah tempiasnya turut dirasai di Malaysia. Dunia benar-benar seakan di hujung
jari tanpa batasan sempadan.
Namun, sedarkah anda bahawa ada yang lebih hebat
menanti anda pada 2012? Tentunya ia bakal menimbulkan keterujaan pencinta gajet
dan teknologi, dengan penambahbaikan spesifikasi, multi-kepenggunaan, serta
ciri-ciri yang sentiasa dimodenkan, semestinya ia memudahkan lagi banyak fungsi
dalam kehidupan. Jika hendak diikutkan perkembangan ini berlaku dari semasa ke
semasa membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apa yang bakal menjelma. Namun
dalam isu kali ini, kami bawakan beberapa teknologi dan produk baru yang bakal
menemui kita tahun hadapan. Adakah sesuatu yang berbaloi untuk dinantikan? Anda
tentukan sendiri.
Wii U
Konsol permainan terbaru daripada Nintendo ini
bakal mencetuskan persaingan sengit kepada Sony PlayStation dan Xbox. Khabarnya
ia bakal dilancarkan pada awal 2012 dengan menawarkan pelbagai peningkatan
hebat. Antaranya pengawal atau controller permainan terbaru yang membenarkan
pemain menyambung permainan meskipun apabila televisyen ditutup; pelayar skrin
sentuh untuk menambahkan ketepatan kawalan gerakan permainan agar pemain
mendapat kepuasan maksimum; dan dilengkapi dengan grafik HD penuh 1080p bagi
kepuasan optimum bermain permainan di luar jangkauan minda.
Dari segi spesifikasinya Wii U dilengkapi CPU IBM
berasaskan Power Architecture Multi Core 45nm Microprocessor (arkitektur
POWER7); GPU AMD Radeon HD; pilihan storan SD dan pemacu keras USB; slot cakera
optik 25Gb; HDMI 1.4 out port; AV Multi Port dan video sehingga 1080p.
Controller terbaru dibina dengan Accelerometer 3-axis, Gyroscope 3-axis; speker
dan mikrofon; kamera hadapan; sensor IR; dua pad iaitu bulat dan D-pad; stilus;
butang sync dan Bluetooth.
LG 55-inch OLED TV
Teknologi OLED sangat dinamik apabila ia boleh
memancarkan cahaya di antara 0% hingga 100%. Dengan nilai baik ditawarkan oleh
pengeluar daripada masa ke masa (hari ini kira-kira 300-500 cd/m2); bantuan
warna filem OLED daripada tiga sub-pixel dengan merah, hijau dan biru; dapat
mewujudkan semua warna yang berbeza. LG memberi maklumat awal bahawa OLED TV ini
akan dipasarkan pertengahan 2012.
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 dijangka dikuasakan dengan cip
pemprosesan dwi-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin Super AMOLED HD
seluas 4.6-inci, dan dilengkapi dengan kamera 12-megapixel. Selain itu, Galaxy
S3 turut dikatakan menyokong NFC ( Near-Field Communication) dan menggunakan
Android Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya. Kesahihannya akan
diketahui apabila ia diumumkan pada suku pertama 2012 nanti.

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup