Its All About Money

Its All About Money

Monday, December 5, 2011

MEMFORMAT SEMULA PEMACU KERAS LUARAN

| |


Anda mungkin telah mencuba sistem operasi (OS)
Parted Magic untuk menghapuskan data dalam pemacu keras. Kini, anda boleh
mencuba fungsi lain seperti memformat kembali pemacu keras luaran kepada format
yang diingini. Bagi melaksanakan operasi ini, anda boleh mencipta sebuah LiveCD
dari fail versi terbaharunya; Parted Magic 6.7.
Sebelum ini, anda sudah diajar mengenai fungsi
dan cara guna sistem operasi (OS) Parted Magic. Antaranya, sesuai untuk
melupuskan semua data dalam pemacu keras supaya sukar ditemui semula. Atau,
digunakan sebagai perantara untuk menyalin dan memindahkan data dalam sistem
Windows yang gagal melepasi proses "boot". Kini, anda boleh mencuba fungsi yang
lain. Contohnya, memformat semula pemacu keras luaran (USB) kepada format yang
diingini. Bagi melaksanakan operasi ini, anda boleh mencipta sebuah LiveCD dari
fail versi terbaharunya; Parted Magic 6.7.
Sistem LiveCD yang terhasil boleh digunakan untuk
mengurus pemacu keras anda. Melalui aplikasi Partition Editor yang
disediakannya, anda boleh memformat kembali pemacu keras jenis dalaman dan
luaran (USB). Malah, aplikasi ini boleh menggantikan fungsi utiliti memformat
cakera dalam persekitaran DOS atau Windows. Antara format yang disokongnya ialah
btrfs, ext2, ext3, ext4, fat16, fat32, hfs, hfs+, jfs, linux-swap, ntfs,
reiserfs, reiser4, dan xfs. Kini, proses menukar pemacu USB yang berformat NTFS
kepada format FAT32, HFS+, atau EXT4 menjadi lebih mudah.
CARA PENGGUNAAN
Langkah 1:
Dapatkan fail perisian BurnAware Free 4.0 di
http:// www.burnaware.com/burnaware_free.html dan fail perisian Parted Magic 6.7
di http://partedmagic.com/doku.php. Anda juga boleh menemuinya di tapak web yang
menawarkan aneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau sumber lain
yang seumpamanya. Fail masing-masing bersaiz 4.3MB dan 185MB. Perisian BurnAware
pula menyokong pelbagai versi Windows. Selepas dimuat turun, tempatkan kedua-dua
fail perisian tersebut dalam sebuah folder untuk dipasang
Langkah 2:
Seterusnya, klik fail BurnAware Free 4.0 tadi
bagi memulakan proses pemasangan. Ketika dipasang (install) anda perlu memilih
lokasi untuk menempatkan direktori fail yang akan dihasilkan (Rajah 2). Kemudian
ikuti arahan yang seterusnya hingga proses pemasangan tamat dan berjaya. Proses
ini biasanya mengambil masa sekejap sahaja. Sebaik sahaja selesai dipasang, anda
boleh membuka atau meninjau direktori fail yang terhasil. Di sini, anda akan
menjumpai sebuah fail yang berlabel BurnAware.exe bersama folder serta fail
lain.
Langkah 3:
Klik pada fail tersebut untuk mengaktifkan
perisian ini, sekali gus menayang tetingkap atau pemuka utamanya. Di sebelah
atasnya ada barisan menu seperti Compilation dan Settings. Sementara di bahagian
tengah pula ada beberapa butang fungsi yang terbahagi kepada 4 kategori: Data,
Mutimedia, Disc Images, dan Utilities. Kemudian klik butang berlabel Burn Image
(dalam kategori Disc Images) untuk membuka tetingkapnya. Pilihan Burn Image ini
juga diletakkan dalam kategori Disc Images yang berada di bawah menu
Compilation
Langkah 4:
Apabila tetingkap yang berlabel Disc Image
dibuka, klik butang berlabel Browse (Rajah 5). Melalui tetingkap Open, pilih
fail Parted Magic tadi dan klik butang Open. Fail berkenaan akan dimuatkan dan
kelihatan pada ruang yang berlabel Disc image path. Selain itu, anda boleh
memilih kelajuan menulis pada cakera selain saiz yang hendak digunakan. Selepas
itu, klik butang yang berlabel Burn di penjuru kanan dan bawah tetingkap. Proses
merakam (burn) fail Parted Magic pun bermula dan anda perlu tunggu sebentar
hingga prosesnya selesai.

0 comments:

top

Post a Comment

Merepek2 Ckit

Al-Islam

My Belated Birthday

Search

Welcome

Pelita Iman

Clock

Powered By Blogger

Total Pageviews

About Me

Followers

Powered by Blogger.

Riangnye Hidup

Riangnye Hidup